Terkini

8/recent/ticker-posts

Header Ads Widget

Romantik dengan Nelissa ketika sesi fotografi, aksi 'sweet' Zul Ariffin jadi perhatian

PELAKON terkenal, Zul Ariffin sekali lagi menarik perhatian warga maya terutama peminatnya apabila berkongsi video 'romantik' ketika menjalani sesi fotografi bersama Nelissa Nizam untuk poster rasmi drama bersiri Tarik Aku Ke Syurga.

Video 'romantik' dengan Nelissa Nizam ketika sessi fotografi, aksi 'sweet' Zul Ariffin jadi perhatian
Video 'romantik' dengan Nelissa Nizam ketika sessi fotografi, aksi 'sweet' Zul Ariffin jadi perhatian

Seperti biasa, peminat wanita aktor berkenaan rata-rata menulis komen patah hati atau cemburu melihat kemesraan Zul bersama Nelissa.

Zul juga tidak terlepas daripada kecaman segelintir warga maya yang menyifatkan 'posing' membabitkan sentuhan dan pelukan itu agak keterlaluan.




Baru-baru ini, Zul menerima reaksi negatif selepas berkongsi video promosi produk yang memaparkan babak-babak romantik. Namun, itu bukanlah kali pertama aktor ini dikritik atas isu yang sama.


Sebelum ini, aktor itu juga pernah mencetuskan kontroversi selepas videonya memeluk Ruhainies tular.


Bagaimanapun, aksi peluk dan dukung Intan Najwa dalam air pada 2019 adalah yang paling 'panas' apatah lagi pada ketika kejadian Intan sudah menjadi tunangan orang.

Mungkin kecaman kali pun dianggap sarapan juga.


Jangan lupa ikuti saluran media sosial kami di Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan Whatsapp

Catat Ulasan

0 Ulasan