Terkini

8/recent/ticker-posts

Header Ads Widget

Disyaki hidap Pedofilia, aksi lelaki cuba cium budak perempuan dirakam CCTV

Tular di media sosial sebuah video memaparkan aksi seorang lelaki dipercayai seorang pedofilia di Samarinda yang telah dirakam kamera litar tertutup (CCTV) ketika cuba mencium seorang budak perempuan.

Disyaki hidap Pedofilia, aksi lelaki tak dikenali cuba cium budak perepuan dirakam CCTV
Disyaki hidap Pedofilia, aksi lelaki tak dikenali cuba cium budak perepuan dirakam CCTV

Memetik laporan suara.com, ketika kejadian, lelaki itu sedang berjalan di sebuah kompleks perumahan di salah sebuah pinggir bandar, dan telah ternampak seorang kanak-kanak sedang bermain di halaman rumahnya.

Kanak-kanak yang masih kecil itu kemudiannya didatangi lelaki tersebut, namun dari kamera CCTV kelihatan kanak-kanak itu bergelut dengannya apabila dipaksa dicium.

Perbuatan keji lelaki itu ditangkap oleh seorang wanita yang keluar dari rumah kanak-kanak tersebut.

Wanita yang dipercayai ibu kepada kanak-kanak itu segera menghalau lelaki tersebut. Lelaki itu hanya tersengih sambil meninggalkan lokasi itu.

Melalui rakaman yang turut dimuat naik di Instagram, turut memberikan maklumat lengkap tentang lokasi dan masa kejadian.

“Seorang lelaki di Samarinda ditangkap keluarga mangsa ketika sedang mencium anak kecil di sekitar kawasan Sungai Kunjang Samarinda siang tadi, Selasa, 22 Mac 2022 kira-kira jam 13:50 tengah hari waktu tempatan.

“Aksi lelaki itu terakam CCTV dan juga diketahui keluarga mangsa. Saat ini suspek sudah ditahan pihak polis,” tulisnya.

Warganet yang berasa marah melihat video tersebut bertindak mengecam dan meluahkan rasa kesal dengan tindakan lelaki itu.

“Jangan bagi muka,” tulis seorang warganet.

“Nasib baik bapa dia tiada, kalau ada dah kena cium dengan parang,” tulis seorang lagi.

“Naudzubillah seramnya ya Allah,” tulis yang lain.



Jangan lupa ikuti saluran media sosial kami di Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan Whatsapp

Catat Ulasan

0 Ulasan