Terkini

8/recent/ticker-posts

Header Ads Widget

Terus catat penurunan, rekod sebanyak 22,341 kes positif Covid-19; jumlah kluster aktif 316

Negara terus mencatatkan jumlah penurunan kes positif Covid-19 semalam apabila merekodkan sebanyak 22,341 kes positif berbanding kelmarin, 24,241 kes sekali gus diatasi 33,347 kes sembuh.

Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah - Covid-19 Malaysia

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, pesakit Covid-19 yang memerlukan rawatan di unit rawatan rapi (ICU) semalam, merekodkan sedikit peningkatan 390 kes berbanding kelmarin, 383 kes.

Katanya, jumlah pesakit Covid-19 yang memerlukan alat bantuan pernafasan merekodkan penurunan kepada 219 kes berbanding kelmarin, 222 kes.

“Bagi kluster Covid-19 baharu pula merekodkan enam kluster berbanding kelmarin, tiga kluster sekali gus menjadikan jumlah kluster terkumpul sejak pandemik melanda negara iaitu 6,911 kluster.

“Kluster aktif Covid-19 menurun kepada 316 kluster berbanding kelmarin, 332 kluster manakala jumlah kluster yang telah tamat sebanyak 6,595 kluster,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Noor Hisham berkata, sebanyak 153 kes daripada 22,341 kes positif Covid-19 hari ini, adalah kategori tiga, empat dan lima.

Katanya, baki kes harian, 22,188 kes adalah terdiri daripada kategori satu dan dua.

“Bagi 153 kes kategori tiga, empat dan lima, 48 kes atau 31.37 peratus tidak divaksinasi atau belum lengkap divaksinasi;61 kes atau 39.87 peratus telah menerima dua dos vaksin Covid-19 tetapi belum menerima dos penggalak; 44 kes atau 28.76 peratus telah menerima dos penggalak.

“Selain itu, 96 kes atau 62.75 peratus berumur 60 tahun dan ke atas dan 71 kes atau 46.41 peratus mempunyai komorbid,” katanya.

Dalam perkembangan berkaitan kematian, jumlah kematian yang dilaporkan meningkat sebanyak 85 kes berbanding semalam, 59 kes.

Rekod terbabit adalah setakat pukul 10 pagi, hari ini berdasarkan maklumat dikemas kini melalui laman web, https://covidnow.moh.gov.my

menjadikan keseluruhan kes terkini sebanyak 34,329 kes.

Bagi kes kematian yang dibawa ke hospital (BID), sebanyak 23 daripada 85 kes direkodkan yang menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 7,199 kes.



Jangan lupa ikuti saluran media sosial kami di Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan Whatsapp

Catat Ulasan

0 Ulasan