Terkini

8/recent/ticker-posts

Header Ads Widget

Tular foto mayat Tangmo Nida di laman sosial, ada yang nampak macam kena jerut

Kematian aktres terkenal Thailand, Tangmo Nida atau Nida Patcharaveerapon pada 26 Februari lalu menjadi perbualan hangat netizen dek kerana diselubungi misteri. Kisah kematian pelakon jelita ini terus menjadi perbualan hangat netizen di laman sosial. Terbaharu tular beberapa keping foto memperlihatkan keadaan mayat aktres berkenaan selepas ditemui oleh pihak berkuasa pada Sabtu lalu.

Kematian aktres terkenal Thailand, Tangmo Nida atau Nida Patcharaveerapon pada 26 Februari lalu menjadi perbualan hangat netizen dek kerana diselubungi misteri.
Kematian aktres terkenal Thailand, Tangmo Nida atau Nida Patcharaveerapon pada 26 Februari lalu menjadi perbualan hangat netizen dek kerana diselubungi misteri.

Menerusi laman Twitter dan Telegram, foto ngeri dipercayai mayat Tangmo itu tersebar meluas hingga mengundang simpati netizen.

Terbaharu, tular di media sosial beberapa keping foto di tempat kejadian lemas yang didakwa milik pelakon terkenal itu.

Foto mayat Tangmo tersebar

Tular foto mayat pelakon Thailand, Tangmo Nida di laman sosial, ada netizen nampak macam kena jerut
Tular foto mayat pelakon Thailand, Tangmo Nida di laman sosial, ada netizen nampak macam kena jerut

Foto yang tular di laman sosial media itu memaparkan tubuh seorang wanita yang dipercayai Tangmo ditemui dalam keadaan yang tidak sempurna serta mengalami kecederaan teruk pada beberapa bahagian di badan.

Apa yang membuatkan orang ramai sebak ialah wajah Tangmo dilihat turut membengkak berwarna hitam sehingga tidak dapat dikenal pasti jika dilihat dengan mata kasar. Selain itu tular juga foto kesan luka di bahagian kaki seperti yang dilaporkan oleh media sebelum ini.

Sehingga kini tidak dapat dipastikan kesahihan foto tersebut namun ada yang mendakwa ianya foto sebenar berdasarkan pakaian yang dipakai Tangmo ketika malam kejadian.

foto mayat pelakon Thailand, Tangmo Nida di laman sosial
Foto 1: mayat pelakon Thailand, Tangmo Nida di laman sosial

foto mayat pelakon Thailand, Tangmo Nida di laman sosial
Foto 2: mayat pelakon Thailand, Tangmo Nida di laman sosial

Menjengah laman Twitter, rata-rata pengguna meluahkan rasa simpati dan terkejut apabila melihat foto berkenaan.

“Seriau tengok mayat Tangmo. Sampainya hati manusia tu biar dia lemas. Takutnya!

“Seram tengok gambar mayat Tangmo. Sampai hilang muka cantik dia.

“Kalau tengok gambar tu macam kena bunuh, nampak macam mendiang kena jerut di leher,” tulis netizen.

Mayat pelakon berusia 38 tahun ini dijumpai oleh pasukan penyelamat tempatan pada Sabtu lalu selepas tiga hari hilang dipercayai lemas.

Mayatnya ditemui terapung di sungai sekitar 300 meter dari Pibulsongkram Pier, Nonthaburi, Bangkok, kira-kira 1 kilometer dari lokasinya terjatuh.

Baca juga: Misteri kematian empat selebriti popular – Tangmo Nida, Marilyn Monroe, Suzzanna dan Along Spoon

Pegawai bahagian Forensik Hospital Umum Polis, Kol Pol Naphat Natthasumon mengesahkan kematian Tangmo akibat lemas kerana terdapat lumpur pada bahagian paru-paru.

Dalam perkembangan lain, pihak polis sedang menyiasat lima individu yang turut berada di dalam bot sama yang dinaiki Tangmo.



Jangan lupa ikuti saluran media sosial kami di Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan Whatsapp

Catat Ulasan

0 Ulasan