Terkini

8/recent/ticker-posts

Header Ads Widget

Artis terkenal secara tidak sengaja tayang payudara ketika temubual di siaran langsung TV

Bintang Fifth Harmony, Camila Cabello muncul di The One Show untuk mempromosikan single baharunya 'Bam Bam' yang menampilkan Ed Sheeran. Camila diminta untuk menunjukkan gerak tari kegemarannya daripada video muzik dan ketika itulah bajunya terlondeh.

Artis terkenal secara tidak sengaja tayang payudara ketika temubual di siaran langsung TV

Penyanyi Camila Cabello terpaksa menanggung malu selepas tidak sengaja menayang bahagian payu daranya ketika ditemu bual dalam sebuah program televisyen.

Camila memakai baju bercorak yang dia memutuskan untuk dibiarkan tanpa berbutang. Oleh itu, semasa dia bangun untuk mempamerkan gerak tarinya, baju Camila terbuka dan secara tidak sengaja menampakkan keseluruhan buah dadanya.

Camila Cabello

Kejadian memalukan itu berlaku ketika penyanyi berusia 25 tahun itu dijemput sebagai tetamu dalam program The One Show terbitan BBC.

Pengacara program itu, Alex Jones telah meminta Cabello untuk menunjukkan aksi satu tarian popular.

Bekas kekasih kepada penyanyi Shawn Mandes yang ketika itu sedang duduk, telah berdiri dan merapikan pakaiannya sebelum menari.

Bagaimanapun, tanpa sengaja pakaian yang dipakai pelantun lagu Havana itu terselak sehingga menampakkan bahagian puting payudaranya.

“Saya ingin pengsan selepas kejadian memalukan itu berlaku. Semua yang berlaku adalah kerana kesalahan saya sendiri kerana bersikap degil. Sepatutnya saya mendengar kata perunding imej,” katanya.

Sebelum siaran langsung, Cabello mulanya dinasihatkan perunding imej agar memakai pelindung puting payu dara (nip cover), namun tidak diendahkannya.



Jangan lupa ikuti saluran media sosial kami di Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan Whatsapp

Catat Ulasan

0 Ulasan