Terkini

8/recent/ticker-posts

Header Ads Widget

Kes adik Bella: TMJ bersuara tanya siapa Siti Bainun sampai kebal semacam

Seperti ramai sedia maklum, kes penderaan adik Bella telah mendaat perhatian serius daripada Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim (TMJ). Baru-baru ini, TMJ telah berkenaan untuk menerima Menteri Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rina Harun datang mengadap bagi membincangkan isu berkaitan remaja sindrom down, adik Bella yang dipercayai menjadi mangsa dera pengasas Rumah Bonda.

Kes adik Bella: TMJ bersuara tanya siapakah Siti Bainun sampai kebal semacam

Selain pertemuan dengan YB Rina, diberitakan TMJ juga membuat pertemuan dengan barisan peguamnya serta aktivis-aktivis @justiceforbella. Hal tersebut dikongsikan sendiri salah seorang aktivis, Aliff Ahamd di akaun Facebooknya.

OKT kebal?

Aliff berpendapat, TMJ merupakan seorang yang sangat cool dan pertemuan mereka berjalan dalam keadaan sangat santai. Dalam pada itu, aktivis terbabit juga menyatakan kehairanan TMJ mengapa Siti Bainun boleh mempunyai sehingga 10 orang peguam yang mewakili dirinya.

Menerusi kapsyen yang disertakan, beberapa perkara ‘pelik’ turut disenaraikan memandangkan Orang Kena Tuduh (OKT) begitu kebal.

Reaksi TMJ

Susulan daripada itu, TMJ seakan terpanggil dengan meninggalkan komen di ruangan Instagram berkenaan dan menyatakan baginda masih hairan mengapa hal tersebut boleh terjadi.

Mana tidaknya, baginda sendiri mengakui tidak mempunyai peguam seramai itu dan menganggap apa yang terjadi adalah satu permulaan.

Bella hero sebenar

Baginda menambah, hero sebenar dalam isu ini adalah Bella sendiri dan kita semua sama-sama membantu agar Bella serta setiap kanak-kanak di dalam negara terpelihara serta dilindungi.

Baginda juga menggesa agar Kerajaan Malaysia segera meminda Undang-undang untuk memasikan kanak-kanak terus dilindungi.

Sebelum ini, media melaporkan yang OKT telah diwakili dengan 10 orang peguambela dan difahamkan dia menambah tiga lagi peguam probono untuk tujuan sama.

Netizen telah mengkritik hantaran Facebook oleh salah seorang peguam OKT, Hafidzah Hassan memuat naik sekeping memaparkan Siti Bainun bergambar bersama barisan peguamnya.

Semoga lepas ni cerita2 di laporkan dengan adil. Dan tiada dokumen2 atau fakta2 sebelah pihak didedahkan. All the best kepada rakan guaman saya.
- katanya dalam hantaran tersebut

Orang kena tuduh (OKT), Siti Bainun, 30, mengaku tidak bersalah atas dua pertuduhan iaitu mengabai dan menganiaya remaja perempuan itu sehingga menyebabkan mangsa mengalami kecederaan fizikal serta emosi.

“Tertuduh simbah air panas dekat luka, paksa makan najis” – kata saksi kes Adik Bella

Dia didakwa melakukan perbuatan di sebuah kondominium di Wangsa Maju, antara Februari dan Jun 2021.

Pertuduhan terhadapnya adalah mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-kanak 2001 yang membawa hukuman maksimum penjara 20 tahun atau denda RM50,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.



Jangan lupa ikuti saluran media sosial kami di Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan Whatsapp

Catat Ulasan

0 Ulasan