Terkini

8/recent/ticker-posts

Header Ads Widget

Gempar! Timbul spekulasi baru Tangmo Nida dipaksa lakukan seks dengan VVIP sebelum dibunuh?

SIASATAN ke atas kematian pelakon TV Thailand, Tangmo Nida atau Nida Patcharaveerapong yang mayatnya ditemukan terapung dalam Sungai Chao Phraya sudah memasuki minggu kedua. Misteri kematian pelakon Thailand, Tangmo Nida mendapat perhatian dan masih hangat diperkatakan oleh netizen di media sosial.


Gempar! Timbul spekulasi baru Tangmo Nida dipaksa lakukan seks dengan VVIP sebelum dibunuh?
Gempar! Timbul spekulasi baru Tangmo Nida dipaksa lakukan seks dengan VVIP sebelum dibunuh?

Pelbagai spekulasi timbul dan bermacam-macam jenis video tular di TikTok selepas ia didakwa merupakan satu pembunuhan terancang membabitkan golongan VVIP.

Antara individu yang menjadi topik perbualan warganet adalah pengurus Tangmo yang juga merupakan sahabat baiknya, Kratik.

Bukan itu sahaja, terdapat pendedahan di mana Tangmo dikatakan meninggal dunia kerana dicekik oleh salah seorang daripada dua lelaki yang turut berada di atas bot pada malam kejadian.

Dua lelaki yang dimaksudkan adalah Tanupat ‘Por’ Lerttaweewit dan Phaiboon ‘Robert’ Trikanjananu.

Ramai percaya kematian Tangmo Nida merupakan satu pembunuhan terancang membabitkan golongan VVIP.
Ramai percaya kematian Tangmo Nida merupakan satu pembunuhan terancang membabitkan golongan VVIP.

Menurut mStar, spekulasi baru telah timbul di mana lelaki yang mencekik aktres berusia 38 tahun itu berbuat sedemikian selepas Tangmo menolak untuk melakukan hubungan seks.

Ketika pergelutan itulah Tangmo dikatakan melawan dan menyebabkannya terjatuh daripada bot. Malah, lelaki tersebut juga didakwa telah membayar sejumlah wang kepada Kratik.

Spekulasi kematian Tangmo menjadi lebih hangat apabila ibunya iaitu Panida didakwa menerima bayaran pampasan sebanyak RM3.8 juta bagi menutup mulut berhubung insiden itu.

Ibu Tangmo sudah memaafkan dua suspek.
Ibu Tangmo sudah memaafkan dua suspek.

Bahkan ibunya juga mengakui dia tidak membesarkan Tangmo dan aktres itu lebih akrab dengan ayah kandungnya.

Tangmo kembali ke pangkuan Panida selepas ayahnya itu meninggal dunia.

Untuk rekod, mayat Tangmo Nida dijumpai oleh pasukan penyelamat tempatan selepas tiga hari hilang dipercayai lemas.

Mayatnya ditemui terapung di sungai sekitar 300 meter dari Pibulsongkram Pier, Nonthaburi, Bangkok, kira-kira 1 kilometer dari lokasinya terjatuh.

Pegawai bahagian Forensik Hospital Umum Polis, Kol Pol Naphat Natthasumon mengesahkan kematian Tangmo akibat lemas kerana terdapat lumpur pada bahagian paru-paru.

Kisah-kisah Tangmo Nida sebelum ini:

  1. Tiada yang misteri, Polis Thailand akhirnya berjaya rungkai punca kematian pelakon Tangmo Nida
  2. Tular foto mayat pelakon Thailand, Tangmo Nida di laman sosial, ada yang nampak macam kena jerut
  3. Kenyataan palsu: Lima individu yang menaiki bot laju bersama Tangmo Nida mungkin akan didakwa
  4. Misteri kematian empat selebriti popular – Tangmo Nida, Marilyn Monroe, Suzzanna dan Along Spoon

Pada Isnin, Ketua Polis Thailand iaitu Suwat Jangyodsuk membuat andaian awal kematian aktres itu disebabkan kemalangan.

Ini berdasarkan bukti-bukti seperti rakaman telefon bimbit, kelajuan bot dan data pada GPS-mS



Jangan lupa ikuti saluran media sosial kami di Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan Whatsapp

Catat Ulasan

0 Ulasan