Terkini

8/recent/ticker-posts

Header Ads Widget

Zul Ariffin kongsi klip panas drama 'Perempuan Itu', pelakon Siti Hariesa pula tular

Sekali lagi pelakon lelaki popular Zul Ariffin mencetuskan kontroversi hari ini setelah memuat naik klip ‘trailer’ bagi drama lakonan terbarunya berjudul Perempuan Itu yang akan menemui penonton tidak lama lagi.

Zul Ariffin muat naik klip panas drama 'Perempuan Itu', nama pelakon cute Siti Hariesa pula tular
Zul Ariffin muat naik klip panas drama 'Perempuan Itu', nama pelakon cute Siti Hariesa pula tular

Tidak kurang juga ada yang keliru mengapa babak tersebut dibenarkan untuk dilakonkan; apatah lagi ditayangkan untuk tontonan khalayak.

Dalam klip yang kini sudah mencatatkan 393,000 tontonan dan 6,3999 komen, Zul Ariffin tampil bersama pelakon baharu, Siti Hariesa.

Lakonan aksi panas

Lakonan mereka membuatkan warganet merasa tidak selesa terutamanya ketika Zul menggendong Hariesa yang menyarungkan persalinan ala uniform pembantu rumah.

Tidak cukup dengan itu, Zul juga melakonkan babak menanggalkan baju dari pandangan belakang manakala Hariesa menyuapkan whipped cream ke dalam mulut Zul sebelum menghabiskannya.

Biarpun ada yang mempertahankan di ruangan komen dengan berkata watak wanita itu telah dilakonkan oleh seorang lelaki ketika penggambaran babak panas terbabit, ramai masih merasakan babak sebegitu rupa hanya mendatangkan kesan negatif kepada kanak-kanak dan remaja yang bakal menontonnya.

Terima kecaman

Bukan hanya Zul yang menjadi mangsa kecaman, malah nama Siti Hariesa juga terpalit dalam ruangan komen.

“Masa berlakon dua dua tak rasa pape ke. Takde rasa bersalah ke adoi lahai.”

“Serius la malaysia buat cerita macam ni?”

“Payah ibu bapa sekarang nak didik anak..sana sini pengaruh.”

Pelakon Siti Hariesa

Untuk pengetahuan, Hariesa dicungkil menerusi DFKL 2019 dan mula mendapat perhatian menerusi drama Life Lila dan Pink Smile; kedua-duanya ditayangkan di saluran TV3.

Siti Hariesa
Siti Hariesa - Foto Instagram

Menariknya, raut wajah Hariesa selalu dikatakan mirip seorang lagi pendatang baharu, Siti Khadijah Halim oleh peminatnya.

Terdahulu, drama Perempuan Itu yang turut menampilkan Mimi Lana pernah menjadi bualan ramai setelah salah satu watak dalam drama itu ditawarkan kepada usahawan sensasi, Iqbal Zulkefli.

Sensasi pelakon Zul Ariffin

Sensasi pelakon popular Zul Ariffin sebelum ini boleh dibaca dalam artikel di bawah:

Video 'romantik' dengan Nelissa Nizam ketika sessi fotografi, aksi 'sweet' Zul Ariffin jadi perhatian
“Saya dengan dia (Zul) tidak ada apa-apa hubungan. Memang kami berdua rapat...”

Jangan skodeng: [Video] Artis terkenal secara tidak sengaja tayang payudara ketika temubual di siaran langsung TV

Sumber: Remaja.my


Jangan lupa ikuti saluran media sosial kami di Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan Whatsapp

Catat Ulasan

0 Ulasan